Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

TechnologyDigital
22 Apr 2026 • 4:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Masih ingat dengan HONOR 400 Pro tahun lalu? Ramai yang berpendapat telefon itu sudah cukup berkuasa dalam kelasnya, malah penerimaannya di pasaran amat memberangsangkan. Ia sesuai dijadikan alternatif utama bagi mereka yang ingin merasai pengalaman seperti siri Magic tanpa perlu berbelanja besar. Maka tidak hairanlah dengan penawaran perkakasan dalaman yang begitu mantap, model ini menjadi pilihan ramai.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Namun, jika model tersebut sudah dianggap hebat tahun ini HONOR muncul dengan sesuatu yang lebih mengagumkan iaitu HONOR 600 Pro. Dilengkapi peningkatan menyeluruh dari segi prestasi, rekaan dan keupayaan kamera, telefon ini menjanjikan pengalaman premium yang lebih berbaloi untuk dimiliki. Teruskan membaca untuk mengetahui sebab mengapa model ini mungkin menjadi pilihan terbaik dalam kelasnya tahun ini.


Siri HONOR N Kini Di Tahap Mercu Mampu Milik

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Anda tidak salah baca. Siri HONOR N kini secara rasmi bergelar peranti mercu yang mudah diakses. Transformasi terbaharu ini menandakan lonjakan besar buat siri HONOR N. Dahulu ia dikenali sebagai telefon kelas pertengahan premium, namun kini ia telah dinaik taraf sepenuhnya menjadi kategori mercu mampu milik yang menawarkan pengalaman dan prestasi setaraf peranti mercu sebenar tetapi dengan harga yang lebih berpatutan.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Dengan peningkatan ini, HONOR membuktikan komitmennya untuk menghadirkan inovasi luar biasa serta perkakasan dalaman berkuasa yang mampu memberikan pengalaman penggunaan setanding dengan peranti mercu lain di pasaran. Selain itu, setiap komponen dalaman turut direka dengan penuh ketelitian bagi memastikan prestasi maksimum dapat dicapai. Hasilnya, pengalaman penggunaan menjadi lebih pantas, lebih lancar dan lebih memuaskan. Siri ini bukan sekadar satu peningkatan bahkan merupakan lonjakan besar yang menandakan permulaan era baharu bagi telefon pintar HONOR.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

HONOR 600 Pro dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 4 yang dibangunkan menggunakan teknologi 3 nanometer oleh TSMC. Dengan lapan teras yang mampu mencapai kelajuan sehingga 4.0 GHz, cip ini menjadikannya antara pemproses paling berkuasa untuk telefon pintar mercu masa kini. Keupayaan CPU dan GPU yang tinggi digabungkan dengan kecekapan tenaga yang lebih baik lantas membolehkan pengalaman permainan dan multitugas berjalan dengan lebih lancar. Proses teknologi 3nm digunakan bukan sahaja membantu mengurangkan penggunaan tenaga setiap operasi, bahkan turut menyumbang kepada ketahanan bateri yang lebih lama walaupun telefon ini dilengkapi bateri bersaiz besar.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Di sini jelas menunjukkan bahawa HONOR 600 Pro sememangnya hadir sebagai pilihan premium yang menawarkan kelajuan, kecekapan dan pengalaman penggunaan yang memuaskan. Selain itu, terdapat ruang pemprosesan mencukupi untuk menjalankan fungsi AI Image to Video 2.0 secara masa nyata tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada awan. Lebih menarik lagi, ini merupakan kali pertama siri HONOR N dijana oleh cip Snapdragon mercu kerana sebelum ini cip sebegini hanya diperuntukkan untuk siri Magic. Dengan HONOR 600 Pro, pengguna akhirnya berpeluang merasai prestasi mercu dalam siri N buat pertama kali sekaligus menjadikannya langkah evolusi yang signifikan bagi HONOR.


Tubuh Nipis Dengan Bateri Besar 7000mAh

HONOR 600 Pro menggunakan konsep reka bentuk yang langsing dan elegan tanpa mengorbankan kapasiti bateri. Mengapa dikatakan demikian? Lihat sahaja pada tubuhnya yang nipis namun peranti ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti besar 7000mAh yang mampu bertahan lama untuk penggunaan harian yang intensif.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Sebagai perbandingan, HONOR 400 Pro sudah pun menawarkan ketahanan bateri yang baik dengan kapasiti 6000mAh. Namun, model baharu ini tampil dengan peningkatan sebanyak 17% melalui penggunaan kimia silikon‑karbon generasi ketiga. Teknologi ini membolehkan lebih banyak tenaga disimpan dalam ruang fizikal yang sama, sekali gus menjadikan HONOR 600 Pro lebih efisien tanpa menjejaskan reka bentuknya yang ramping dan bergaya.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Digabungkan dengan AI Battery Scheduling Engine yang mampu mengenal pasti corak penggunaan lalu menyesuaikan pengecasan bagi mencapai penjimatan kuasa secara pintar, HONOR 600 Pro berupaya menawarkan ketahanan bateri berbilang hari untuk penggunaan harian yang aktif. Dari segi jangka hayat, bateri ini dinilai untuk 1,600 kitaran pengecasan sebelum kapasiti menurun di bawah 80% iaitu bersamaan kira‑kira empat hingga lima tahun penggunaan tanpa penurunan prestasi yang ketara.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Selain itu, HONOR 600 Pro turut menyokong pengecasan berbalik 27W yang menjadikannya berfungsi seperti power bank nirwayar. Melalui keupayaan ini, pengguna boleh mengecas pelbagai peranti lain termasuk iPhone dan AirPods dengan mudah tanpa memerlukan kabel tambahan. Di samping itu, peranti ini juga menawarkan kelajuan pengecasan 80W berwayar dan 50W nirwayar, sekali gus memastikan pengguna kekal produktif sepanjang hari tanpa perlu risau kehabisan bateri.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Menambah kehebatannya, HONOR 600 Pro kini hadir dengan tahap ketahanan yang lebih tinggi melalui pensijilan IP69K, yang buat pertama kalinya diperkenalkan dalam siri N. Peranti ini bukan sahaja mengekalkan perlindungan IP68 bagi rendaman sehingga 1.5 meter selama 30 minit tetapi juga menawarkan perlindungan tambahan terhadap semburan air bertekanan tinggi dan suhu panas dari pelbagai arah. Ketahanan ini diperkuatkan lagi dengan Pensijilan Prestasi Premium 5‑Bintang SGS bagi ketahanan hentakan dan tekanan. Dengan gabungan ini, HONOR 600 Pro sentiasa tahan lasak serta diyakini untuk digunakan dalam apa jua keadaan harian tanpa menjejaskan prestasi dan gaya pengguna.


Skrin Kini Lebih Cerah Cecah 8000 Nits

Tahu apa yang lebih mengagumkan? HONOR 600 Pro kini tampil dengan paparan yang jauh lebih terang dan memukau kerana mampu mencapai tahap kecerahan sehingga 8000 nits. Setiap paparan pada skrin kelihatan lebih hidup, tajam dan jelas walaupun di bawah pancaran cahaya matahari terik. Hal ini sekaligus menjadikannya pilihan ideal untuk anda yang aktif di luar rumah sama ada ketika bersantai di kafe terbuka atau menjalankan aktiviti harian di bawah sinaran matahari.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Selain itu, keupayaan Sunlight Readability pula memastikan skrin kekal jelas tanpa perlu menutupnya dengan tangan. Hal ini sekaligus menjadikan setiap penggunaan skrin lebih mudah terutamanya ketika anda berada di luar rumah di bawah cahaya matahari yang terang. HONOR turut mengekalkan ciri Eye Care seperti 3840 Hz PWM Dimming, AI Circadian Night Display, AI Defocus Display dan Motion Sickness Relief. Kesemua ciri ini memberikan pengalaman paparan yang bukan sahaja indah dipandang tetapi juga mesra mata di samping mengekalkan tahap perlindungan penglihatan yang setanding dengan siri Magic8 Pro.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Dengan gabungan kecerahan yang luar biasa serta teknologi penjagaan mata yang canggih, HONOR 600 Pro bukan sekadar telefon pintar. Ia merupakan teman harian yang memastikan anda menikmati paparan terbaik di mana‑mana jua dan pada bila‑bila masa, sama ada untuk bekerja, berhibur mahupun bersantai.


Sistem Telefoto Baharu Untuk Rakaman Lebih Jelas

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

HONOR 600 Pro memperkenalkan satu lonjakan besar dalam teknologi kamera telefoto dengan keupayaan zum yang lebih jauh serta sistem yang lebih canggih. Walaupun HONOR 400 Pro dan HONOR 600 Pro menggunakan sensor utama 200MP yang sama, sistem kamera pada model baharu ini jauh lebih maju kerana hadir dengan sokongan unit periskop telefoto baharu.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Kamera telefoto periskop pada HONOR 600 Pro benar‑benar membawa pengalaman fotografi ke tahap baharu. Ia mampu mencapai zum sehingga 120×, yang merupakan paling tinggi dalam kelas harganya. Kehebatan ini diperkuatkan dengan teknologi AI Super Zoom 2.0 yang menggunakan model awan 1.24 bilion parameter dan mula berfungsi dari 7× untuk memastikan imej sentiasa tajam sepanjang julat zum.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian
Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian
Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian
Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian
Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian
Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Selain daripada itu, algoritma Night Engine kini setaraf dengan siri Magic8 Pro. Hal ini memberikan kelebihan luar biasa dalam rakaman waktu malam kerana ia mampu memulihkan bayang dengan lebih baik serta mengurangkan hingar dengan lebih berkesan berbanding HONOR 400 Pro, sekali gus menjadikan setiap rakaman malam kelihatan lebih jelas dan semula jadi.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Ciri baharu seperti Super‑Moon 2.0 pula membolehkan pengesanan bulan secara automatik dan rakaman bulan dalam resolusi tinggi. Pada masa yang sama, Magic Color memberikan kebebasan kepada pengguna untuk mengimport imej rujukan dan menyesuaikan tona warna dengan satu sentuhan mudah. Ciri ini turut menyokong beberapa gaya filem ikonik bagi menghasilkan rakaman yang lebih artistik dan bergaya.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Selain itu, AI Pose Suggestion menawarkan lebih 100,000 cadangan pose secara masa nyata ketika rakaman potret. Fungsi ini membantu pengguna mendapatkan gaya terbaik tanpa kekok di hadapan kamera. Gabungan semua inovasi ini menjadikan HONOR 600 Pro sebagai peranti premium yang mengubah cara anda merakam dunia. Setiap detik yang dirakam kini muncul lebih terang, tajam dan memukau.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian
Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian
Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian
Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian
Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian
Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian
Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Ubah Gambar Jadi Video Dengan Arahan Mudah

Selain daripada sistem kameranya yang canggih, HONOR 600 Pro turut memperluas pengalaman fotografi harian dengan memperkenalkan fungsi Image to Video 2.0 yang telah dipertingkatkan. Jika sebelum ini fungsi tersebut hanya membolehkan gambar bertukar menjadi video pendek yang bergerak secara asas, versi baharu ini pula hadir dengan keupayaan yang jauh lebih kreatif.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Inovasi ini menjadikan setiap imej harian seperti sambutan keluarga, detik perjalanan, atau momen bersama rakan bukan sekadar foto biasa, tetapi berubah menjadi kisah visual yang hidup dan penuh emosi. Setiap detik kini dirakam dengan sentuhan sinematik yang menghidupkan kenangan dalam kehidupan seharian.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Melalui Image to Video 2.0, pengguna kini boleh menggabungkan sehingga tiga gambar untuk menghasilkan video yang lebih bermakna. Fungsi Multi‑image input ini membolehkan pengguna mencipta adegan yang istimewa dan penuh makna serta menjadikan setiap rakaman lebih menyentuh emosi dan kelihatan lebih semula jadi. Selain itu, versi baharu ini turut memperkenalkan arahan teks tersuai, di mana pengguna boleh menaip arahan bebas untuk menggambarkan suasana, pergerakan atau latar tempat. Seterusnya, AI akan menjana video berdasarkan arahan tersebut dengan hasil yang menakjubkan agar setiap rakaman kelihatan lebih hidup.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Untuk menambah sentuhan sinematik, HONOR 600 Pro turut menyediakan lebih daripada sepuluh templat filem berkualiti tinggi seperti Embrace, Freestyle, Life Morph, Pet Roleplay, Bullet Time, Dolly Zoom, Drone Pullback, Urban Groove, Graceful Ballet, Birthday dan Animation, yang masing‑masing menawarkan gerakan kamera serta kesan visual memukau bagi menghasilkan video bertaraf professional.


Tiada Lagi Halangan Antara Peranti

Satu lagi ciri paling menarik dalam HONOR 600 Pro ialah keupayaan pemindahan fail merentas ekosistem. Jika sebelum ini HONOR Share hanya menyokong Android ke Android, kini ia turut diperluas kepada iPhone, MacBook dan Windows PC.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian
Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Dengan One Tap Share berasaskan NFC, pengguna boleh memindahkan foto atau fail daripada HONOR ke iPhone hanya dengan memilih fail, menekan butang Share dan menyentuhkan bahagian atas HONOR ke iPhone, tanpa memerlukan Wifi, data atau proses pairing. Manakala dari iPhone ke HONOR, pengguna hanya perlu membuka aplikasi HONOR Connect pada HONOR, memilih fail di iPhone dan menghantarnya dengan satu klik.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Sementara itu untuk HONOR WorkStation pada Mac atau PC, pengguna hanya perlu memasang aplikasi, menyambungkan kedua‑dua peranti pada rangkaian Wi‑Fi yang sama dan melakukan drag‑and‑drop fail antara laptop dan telefon. Ciri ini sekaligus mampu menghapuskan halangan besar bagi pengguna dalam ekosistem Apple dan Android, seterusnya menjadikan HONOR 600 Pro sebagai medium produktiviti utama yang menyatukan semua peranti anda dengan lebih efisien.


Dapatkan Di Pasaran Sekarang!

Jelas sekali, HONOR 600 Pro hadir dengan peningkatan ketara bukan sahaja dari segi rekaan, malah juga perkakasan dalaman. Perubahan ini selaras dengan statusnya sebagai sebuah peranti kelas mercu. Sudah namanya mercu, pastilah pengguna mengharapkan sesuatu yang benar‑benar gempak. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga bermula RM3,099 untuk versi Pro, manakala versi standard boleh didapati pada RM2,599. Lebih menarik, terdapat rebat segera sebanyak RM200 menjadikan harga bermula hanya RM2,399 bagi versi standard dan RM2,899 untuk versi Pro untuk tempoh pratempahan sehingga 29 April 2026.

Image from: Rekaan Macam Epal Tapi Fotografi Lebih Tajam Macam Durian

Dengan segala penambahbaikan seperti kamera dengan zum 120x, penstabilan CIPA 6.0 serta perkakasan yang lebih mantap, HONOR 600 Pro sememangnya berbaloi dimiliki oleh sesiapa yang mahukan pengalaman premium dan prestasi luar biasa.  Jangan tunggu lagi! Tempah sekarang dan rebut peluang untuk mendapatkan hadiah eksklusif bersama pembelian anda! Untuk maklumat lanjut dan tawaran terkini, layari laman rasmi HONOR Malaysia hari ini. 

Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia.

View Original Article