Rekaan OnePlus 13 Tertiris, Bonggol Kamera Segi Empat Kembali

TechnologyDigital
6 May 2024 • 3:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sukar untuk saya lupakan apabila OnePlus berkata kepada saya yang rekaan bonggol kamera bulat yang bergabung terus ke bingkai peranti adalah inovasi rekaan yang cemerlang bagi mereka. Sebab itu rekaan ini digunakan sejak OnePlus 11 dan diteruskan ke OnePlus 12. Walau bagaimanapun perkara ini berubah kerana rekaan OnePlus 13 yang tertiris telah mengembalikan bonggol kamera berbentuk segi empat seakan OnePlus 10T ke bawah.

image is not available

Lebih aneh, bonggol turut tidak lagi bergabung pada bingkai peranti dan kelihatan seakan bonggol kamera biasa pada sesebuah telefon pintar. Jika anda tanya saya, ini adalah rekaan yang sudah biasa dan membosankan. Anda mungkin akan nampak seakan bonggol kamera iPhone tetapi apa yang saya nampak adalah bonggol kamera Infinix GT 20 Pro. Ini secara tidak langsung membuatkan saya melihat OnePlus 13 sebagai peranti yang tidak premium.

image is not available

Butang lungsur notifikasi kelihatan berada di kiri, butang laras suara dan kuasa di kanan, kemudian logo Hasselblad masih jelas kelihatan. 91Mobiles melaporkan yang ini mungkin rekaan awal bagi peranti ini. Cip pemprosesan dikatakan mungkin adalah Snapdragon 8 Gen 4 dan skrin pula adalah 6.8-inci. Rekaan peranti turut mencadangkan OnePlus akan kekal menawarkan rekaan skrin melengkung walaupun rekaan ini tidak digemari ramai. Sama-sama kita nantikan.