Rekaan OnePlus Keyboard Tertiris Dan Mungkin Dilancarkan Pada 7 Februari

TechnologyDigital
24 Jan 2023 • 10:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Disember tahun lalu OnePlus mula mengacah mereka akan melancarkan papan kekunci pertama mereka OnePlus Keyboard. Ia sebuah papan kekunci mekanikal dengan rekaan yang premium. Hari ini rekan papan kekunci ini tertiris menunjukkan ia bakal hadir dengan tombol kawalan berputar dan adalah dari ciri rekaan TenKeyLess.

image is not available

Besar kemungkinan ia akan dilancarkan pada 7 Februari bersama dengan pelancaran global OnePlus 11 dan TWS OnePlus Buds Pro 2. Imej acah rasmi yang dikongsi OnePlus sebelum ini hanyalah rekaan kerangka logam, beberapa port USB- C dan kekunci dari bahagian belakang yang tidak begitu jelas.

OnePlus menawarkan produk yang tidak perah mereka tawarkan sebelum ni ke pasaran. Experimen TV pintar mereka tidak begitu berjaya kerana produk tidak dipasarkan ke tahap global. Tidak diketahui sama ada papan kekunci mekanikal ini akan dapat menarik minat pengguna tegar yang sudah biasa menggunakan papan kekunci yang dijual pada harga premium.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved