Rekaan Rasmi Honor 500 Diperlihatkan Kepada Umum

Technology
14 Nov 2025 • 12:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor berkongsi rekaan rasmi untuk siri nombor baharu mereka yang dilihat berbeza daripada pendekatan sebelum ini. Konsep terbaharu ini boleh dikatakan sebagai kacukan yang diinspirasikan daripada model terkini Apple dan Google sekali gus memberikan identiti baharu kepada siri tersebut.

image is not available

Rekaan bonggol kamera berbentuk bujur memanjang dan melintang digunakan dengan gabungan tiga bonggol kamera tambahan di dalamnya. Bagi versi Pro terdapat satu bonggol tambahan yang menempatkan dua sensor khusus.

image is not available
HONOR 500 PRO

Buat masa ini, konfigurasi penuh yang akan digunakan pada kesemua model dalam siri ini masih belum diketahui. Namun begitu, ia dijangka menawarkan peningkatan yang lebih baik memandangkan Honor sering menambah baik siri mereka dengan penawaran seimbang antara prestasi kamera dan pengalaman pengguna.

image is not available
HONOR 500 PRO

Pilihan warna kali ini juga lebih ceria dengan konsep yang terang khususnya merah jambu di mana berbeza daripada pendekatan mereka sebelum ini yang lebih cenderung memilih warna gelap dan seangkatan dengannya. Hal ini sudah tentu akan menarik perhatian khususnya pengguna yang gemar akan warna lembut.

image is not available

Tubuh kedua-dua model dilihat sepenuhnya rata manakala satu butang pada bahagian sisi kanan turut menarik perhatian kerana dipercayai digunakan untuk kawalan kamera sama seperti yang ditawarkan pada model mercu Magic8. Bagaimanapun, tiada tarikh pelancaran didedahkan buat masa ini.