
Peranti paling berkuasa Samsung ialah siri Galaxy S. Kamera, pemproses, skrin dan kamera paling padu disertakan pada siri ini. Tetapi peranti paling popular dalam kalangan konsumer sebenarnya ialah Galaxy A kerana menawarkan spesifikasi sederhana, sokongan perisian jangka panjang dan pada tanda harga yang lebih serasi dengan keadaan ekonomi semasa.

Rekaan untuk Samsung Galaxy A57 dan Samsung Galaxy A37 baru sahaja tertiris menerusi laman Android Headlines dengan Samsung sekali lagi menggunakan pendekatan hanya melakukan perubahan perkakasan tetapi rekaan lama dikekalkan.
Pada Galaxy A57 tubuh peranti kini adalah lebih nipis tetapi masih dengan tiga kamera utama disusun menegak dalam bonggol berbentuk bujur mirip Galaxy A56. Ia mungkin dikuasakan dengan cip Exynos 1680, bateri sebesar 5000 mAh dan pengecasan pantas 45W.

Pada Galaxy A37 pula tiga kamera utama disusun menegak dalam bonggol berbentuk, dikuasakan dengan cip Exynos 1480, bateri sebesar 5000 mAh dan pengecasan pantas 45W. Perbezaan antara A37 dan A57 dari hadapan ialah bahagian bezel dagu yang lebih tebal pada A37
Kedua-dua peranti dijangka menggunakan One UI 8.5 berasaskan Android 16 dengan sokongan kemas kini 6 versi Android dan 6 tahun tampalan sekuriti.

