Rekaan Samsung Galaxy S24 Tertiris Sepenuhnya

TechnologyDigital
29 Sep 2023 • 4:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Rekaan penuh telefon pintar baharu Samsung Galaxy S24 tertiris sepenuhnya menerusi perkongsian OnLeaks. Ia menunjukkan peranti mempunyai sisi rata yang berbeza dengan generasi sebelum ini. Ia lebih berkotak seumpama peranti iPhone yang juga menggabungkan panel hadapan sejenis rata.

image is not available

Pun begitu tiada perbezaan besar dari segi rekaan panel belakang. Rekaan Floating Camera dengan sistem tri-kamera seperti Galaxy S23 masih dikekalkan, cuma kedudukan LED Flash kini terletak sedikit kebawah. Turut disertakan butang kuasa dan audio pada sisi kanan, sementara itu bahagian bawah pula menempatkan port USB-C, slot kad SIM, mikrofon dan pembesar suara.

image is not available

Peranti juga dikatakan menyokong teknologi Ultra Wide Band (UWB), di samping skrin utama sebesar 6.1-inci dengan dimensi berbeza kira-kira 147 x 70.5 x 7.6 mm. Dalam masa sama terdapat juga kebarangkalian peranti baharu Samsung ini menggunakan titanium sebagai kerangka utama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved