
Samsung Galaxy S26, Galaxy S26+ dan Galaxy S26 akan dilakukan pad 25 Februari depan di San Francisco. Seperti yang berlaku di tahun-tahun sebelum ini, rekaan peranti sekali lagi tertiris awal sehingga ia kini tidak lagi menjadi misteri. Rekaan ketiga-tiga peranti didedahkan oleh @evleaks dan ia mengesahkan ura-ura yang telah didengari sebelum ini.

Seperti yang telah tertiri sebelum ini, Samsung Galaxy S26 Ultra hadir dengan skrin 6.9″ Dynamic AMOLED QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, storan sehingga 1TB dan bateri pula sebesar 5000 mAh tetapi kali ini dengan sokongan pengecasan 60W berbanding hanya 45W sebelumnya.
Kamera utama pula terdiri daripada sudut lebar 200MP, ultra lebar 50MP, telefoto 3x 50MP dan telefoto 3x 10MP. Sementara itu di hadapan kamera masih lagi sekadar 12MP. Setakat ini hanya peranti dalam warna Cobalt Violet dan Black sahaja tertiris.

Sementara itu Samsung Galaxy S26 and S26+ pula dijana cip Exynos 2600, memori 12GB RAM dengan bateri 4,300mAh pada S26 dan 4900 mAh pada S26+ .Pengecasan masih hanya sehingga 45W sahaja tidak seperti S26 Ultra. Kamera utama pula adalah 50+12+10MP dan kamera di hadapan pula adalah 12MP.
Perubahan paling ketara pada ketiga-tiga model adalah bonggol kamera yang kini berbentuk bujur yang sama seperti siri Z Fold7. Perubahan besar lain tidak dilakukan kerana kita di era rekaan dikitar semula tahun demi tahun.

