Rekaan peranti generasi baharu Samsung Galaxy Z Flip5 sekali lagi tertiris menunjukkan perubahan yang besar pada skrin luar. Saiznya dipercayai sebesar 3.4″ lebih besar berbanding generasi sebelum ini. Dalam pada itu, turut sama memuatkan sistem dwi-kamera utama pada bucu kanan yang mungkin sebesar 12MP bersama LED Flash.

Dengan skrin yang besar, kita boleh menjangkakan pengguna kelak boleh melakukan pelbagai tugas tanpa keperluan membuka paparan utama. Seterusnya Samsung juga dijangka menambah lebih banyak fungsi dan maklumat yang boleh dipaparkan. Pengalaman mengambil gambar swafoto juga lebih menyeronokkan dengan viewfinder lebih luas.
Peranti ini mungkin dilancarkan pada Julai akan datang bersam Galaxy Z Fold5. Tetapi belum ada sebarang tarikh khusus yang diketahui. Turut dipercayai peranti akan dilengkapi skrin utama 6.7-inci FHD+ AMOLED 120Hz, cip Snapdragon 8 Gen2 dan bateri 3700mAh.

