Rekaan Set Kepala AR Samsung Yang Ditangguh Tertiris

TechnologyDigital
18 Aug 2023 • 11:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas Apple Vision Pro diperlihatkan di WWDC Jun lalu, landskap set kepala AR berubah secara mendadak. Apple menghasilkan set kepala dengan kemampuan yang cukup menakjubkan sehingga muncul laporan Samsung terpaksa menangguhkan pelancaran set kepala AR mereka selama enam bulan.

image is not available

Hari ini rekaan yang didakwa adalah prototaip set kepala AR Samsung telah tertiris ke arena web menerusi ciapan Brad Lynch. Set kepala mempunyai rekaan yang agak nipis di hadapan tetapi tiada skrin sekunder seperti Vision Pro. Ia dilengkapi dua kamera RGB di luar dan boleh melakukan penjejakan jari pemakai yang membolehkan set kepala digunakan tanpa alat kawalan fizikal.

Pemproses Exynos 2200 dengan GPU AMD RDNA2 dipercayai digunakan pada set kepala ini. Maklumat tambahan yang diketahui ialah pek bateri diletakkan di belakang kepala untuk menjadikannya lebih seimbang serta selesa dipakai.

image is not available
Samsung Gear VR 2017

Tidak diketahui sejauh mana kebenaran maklumat ini. Samsung sebelum ini mengumumkan kerjasama dengan Google dan Qualcomm untuk melancarkan set kepala XR. Maka laporan penggunaan cip Exynis 2200 adalah sedikit aneh. Samsung antara terawal menawarkan set kepala menerusi Galaxy Gear VR dengan teknologi Oculus. Model baharu tidak lagi ditawarkan sejak 2017.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved