Rekaan Siri Vivo V29 Diperlihatkan Dalam Video Promosi Pendek

TechnologyDigital
26 Jul 2023 • 3:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti di bawah siri Vivo V dilihat bakal menerima kemaskini baharu selepas tularnya video promosi rasmi yang diterbitkan oleh Vivo Turki. Dalam klip video berdurasi 16 saat tersebut, ia memperlihatkan dua peranti berbeza yang mana salah satunya dipercayai Vivo V29 Lite yang dilancarkan sekitar Jun lalu. Di mana hadir dengan dua bonggol kamera yang memuatkan sistem tri-kamera utama.

image is not available

Sementara itu terdapat satu lagi peranti berbeza dipercayai Vivo V29 Pro yang dilihat meminjam rekaan Vivo S17 sebelum ini. Ia dilihat mempunyai persediaan dwi-kamera yang di belakang bersama satu lagi bulatan yang dipercayai lampu suluh. Ini digabungkan lagi dengan penjenamaan Vivo di bahagian bawah bersama butang kuasa dan laras audio pula di sisi kanan.

image is not available

Selain butiran mengenai reka bentuk, klip video juga menunjukkan telefon ini turut tersediaan dalam pilihan warna biru. Tiada maklumat mengenai perkakasan didedahkan buat masa ini, namun kedua-dua peranti didapati telah melepasi pelbagai laman pensijilan termasuklah SIRIM di Malaysia.