Rekaan Skrin Tahap Kesihatan Bateri Untuk Android 14 Diperlihatkan

TechnologyDigital
5 Jun 2023 • 10:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengguna Android telah lama menantikan sokongan paparan kesihatan bateri pada peranti milik mereka. Sehingga sekarang masih tiada sistem terbina dengan pengguna perlu memuat turun aplikasi pihak ketiga. Ciri ini masih sedang dibangunkan oleh Google dan kini rekaan akhirnya diperlihatkan dalam ujian Android 14 Beta.

image is not available

Tangkapan skrin di atas dikongsi oleh Mishaal Rahman menunjukkan pelbagai maklumat yang diperlihatkan pada tetapan kesihatan bateri Android 14. Selain peratusan kesihatan bateri, jumlah kitaran pengecasan, bilakah bateri dikilangkan dan polisi pengecasan turut dipaparkan.

Dengan adanya skrin ini, pengguna boleh melakukan pertukaran bateri apabila kapasitinya tidak lagi di tahap optimum. Akhirnya sebuah ciri yang serupa dengan yang diberikan oleh Apple pada iOS akan turut hadir di Android tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved