Rekaan Tecno Phantom V Flip 5G Kini Mula Diperlihatkan

TechnologyDigital
19 Sep 2023 • 11:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tecno telah mengesahkan bakal hadir dengan peranti skrin boleh lipat jenis clamshell pada 22 September mendatang. Dikenali sebagai Techno Phantom V Flip 5G, ia menjadi telefon pintar clamshell pertama Tecno dan pengenalannya mencerminkan komitmen ber­terusan syarikat itu untuk memahami pilihan pengguna masa kini.

image is not available

Menjelang pelancaran rasmi rekaan untuk peranti tersebut telah diperlihatkan, sedikit demi sedikit. Ia dilihat hadir dengan kemasan dwi-tona dalam warna ungu dan hitam. Ini digabungkan lagi dengan kemasan belakang seakan kulit bersama bingkai logam. Penjenamaan Tecno turut boleh dilihat dengan jelas di bahagian tengah-tengah engsel. Namun tidak dapat dipastikan sama ada peranti boleh ditutup rapat tanpa ruang besar antara skrin, atau sebaliknya.

image is not available

Sebaiknya jangalan meletakkan harapan dan jangkaan yang tinggi memandangkan ini adalah cubaan pertama Tecno. Di mana pelbagai penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan, dari semasa ke semasa bagi memastikan mampu menepati trend semasa dalam industri peranti berkenaan. Tiada butiran lanjut mengenai perkakasan dalaman yang diketahui secara khusus buat masa ini.