Rekarnasi Winamp akan dilancar 15 April 2023

Digital
12 Apr 2023 • 2:42 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Geng 90-an mesti kenal benar dengan Winamp. Ia adalah satu perisian wajib dalam setiap desktop satu ketika dulu. Kini, ia akan dilancarkan semula dan menurut laman rasminya, 15 April 2023 adalah tanggal hari pelancaran aplikasi baharu Winamp.

image is not available

Daripada tangkap layar yang dikongsikan di laman rasmi pembangunnya. Antara muka Winamp baharu ini nampak seperti antaramuka perisian Spotify.

Sementara menunggu hari pelancaran, Winamp klasik masih lagi ditawarkan dan versi terbaharu adalah yang mendukung nombor 5.9.1.

image is not available

Kelebihan Winamp berbanding kebanyakan pemain audio yang lain adalah ia hadir percuma dan "ringan" pada pemproses komputer. Selain itu, kemampuannya memainkan pelbagai jenis fail audio daripada MP3 hinggalah ke fail niche seperti MIDI menjadikannya amat versatil.

Tahap versatilnya amat tinggi kerana sejumlah plug-ins turut dibangunkan oleh pembangun pihak ketiga seperti keupayaan memainkan radio Internet dan sebagainya.

Sumber: Winamp