Rekod Baru Tercipta, Warga Emas Berusia 90 Tahun Ini Berjaya Sampai Ke Puncak Gunung Kinabalu

6 Sep 2022 • 7:14 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selagi masih dapat, selagi itu kita cuba!

Rekod Baru Tercipta, Warga Emas Berusia 90 Tahun Ini Berjaya Sampai Ke Puncak Gunung Kinabalu. Kebiasaannya, mereka yang selalu mendaki gunung ni golongan muda dan kadangkala mereka yang pertengahan umur. Oleh itu, kita sering percaya bahawa selepas usia tertentu, kita mungkin tidak dapat melakukan aktiviti lasak ini kerana kemampuan fizikal yang terhad.

Namun, bagi lelaki warga emas dari Sabah ini, beliau mencipta rekod sebagai pendaki tertua yang berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu pada usia 90 tahun!

image is not available
Rekod Baru Tercipta, Warga Emas Berusia 90 Tahun Ini Berjaya Sampai Ke Puncak Gunung Kinabalu

“Rekod baru untuk pendaki tertua di Gunung Kinabalu setakat ini,” – @iceeminn123

Pada 5 September 2022, seorang lelaki tua berusia 90 tahun telah dirakamkan sampai ke puncak Gunung Kinabalu – menjadi pendaki tertua mendaki gunung tertinggi di Malaysia.

Video itu dikongsi oleh seorang pengguna TikTok, @iceeminn123 dan menerima banyak komen tahniah daripada pengguna TikTok yang lain, yang memuji warga emas itu kerana dapat mencapai kejayaan seperti itu untuk usianya!

Difahamkan, warga emas itu, Encik Buatin, merupakan seorang yang aktif dan menurut anak buahnya menerusi ruangan komen di Facebook, beliau sering berlatih naik bukit bersama anak-anak beliau.

Anda boleh lihat video Encik Buatin tiba di puncak Gunung Kinabalu di bawah:

@iceeminn123

#mtkinabalu 05/09/2022…omulok Poh 90tahun nogi kadauh.. inasapan tii… apa pon tahniah…new record utk pendaki tertua d gng Kinabalu setekat ini..image is not available

♬ bunyi asal – iceeminn123 – iceeminn123

Tahniah Encik Buatin atas pencapaian beliau yang sangat luar biasa! Semoga ini akan mendorong orang lain untuk tidak menjadikan usia sebagai alasan bagi mengejar minat mereka.

Lagi di sini: