Rekod Suhu Tertinggi Di Sarawak, Mukah Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga

12 May 2023 • 4:35 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Amaran dikeluarkan oleh MetMalaysia

Rekod Suhu Tertinggi Di Sarawak, Mukah Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak.

Menurut data kemas kini cuaca panas yang dimuat naik di Facebook jabatan itu, empat kawasan di Semenanjung melibatkan Baling di Kedah serta Hulu Perak, Kinta dan Manjung di Perak.

image is not available
Rekod Suhu Tertinggi Di Sarawak, Mukah Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga. Kredit: Facebook

Sementara kawasan di Sarawak yang berada pada tahap satu ialah Mukah.

“Tiada kawasan di Sabah berada pada tahap satu,” menurut catatan itu.

image is not available

Tahap berjaga-jaga apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

image is not available

Maklumat terkini status cuaca panas harian boleh dirujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Baca lagi artikel menarik:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved