“Rekod, Time Ni La Nak Rekod” – Buat Prank Masa Orientasi, Fasi Mengaku Tindakan Kurang Sesuai

LocalEntertainment
4 Oct 2024 • 10:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
fasi

Kecoh di media sosial baru-baru ini video memaparkan suasana semasa sesi orientasi di salah sebuah universiti awam di Johor.

Dalam video itu, kelihatan beberapa individu bertengkar sebelum ianya bertukar menjadi kejutan hari jadi (prank) salah seorang fasilitator.

image is not available
Video penuh: X bckupacc99

Video viral membuatkan netizen mengecam fasilitator yang dianggap kebudak-budakan. Malah netizen turut mempersoalkan budaya orientasi yang dikatakan hanya ‘syok sendiri’.

Di hari terakhir orientasi, fasilitator dalam video viral tampil mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada semua pelajar-pelajar baru.

Pihaknya mengakui mungkin ada yang melihat tindakan mereka membuat prank kurang sesuai. Walau bagaimanapun, dia berharap semua pelajar baru seronok sepanjang sesi orientasi tersebut.

Dia juga meminta maaf kerana isu viral telah mencemarkan nama organisasi dan program minggu destini siswa (MDS) secara keseluruhan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @ms.ezad25