Rela Berkaki Ayam, ‘Coach’ Malaysia Pinjamkan Kasut Kepada Atlet Jamaica

30 Jul 2022 • 2:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Detik-detik gemilang Malaysia di mata dunia.

Rela Berkaki Ayam, ‘Coach’ Malaysia Pinjamkan Kasut Kepada Atlet Jamaica. Sejak pagi tadi, tular di media sosial sebuah video mengenai jurulatih badminton perseorangan lelaki negara, Hendrawan mempamerkan semangat kesukanan tinggi apabila memberikan kasutnya kepada pemain Jamaica, Samuel Ricketts ketika saingan Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Menerusi satu perkongsian rakaman video semasa perlawanan badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong menentang pemain dari Jamaica di Sukan Komanwel Birmingham 2022, terlihat satu momen yang menyentuh hati penonton.

image is not available
Rela Berkaki Ayam, ‘Coach’ Malaysia Pinjamkan Kasut Kepada Atlet Jamaica. Tangkapan layar Tiktok @wantqt23

Kasut atlet Jamaica koyak

Menerusi video tersebut, kasut yang digunakan oleh Samuel terkoyak dan disebabkan tidak membawa sebarang kasut ganti, pihaknya terpaksa menggunting lebihan tapak kasut yang terkoyak itu sehingga perlawanan yang berlangsung di National Exhibition Centre itu dihentikan seketika.

Namun, coach Hendra yang memang berada di bahagian pemain Malaysia meluru ke arah pemain Jamaica tersebut bagi menghulurkan bantuan dengan membuka kasut yang dipakai dan memberikannya.

Tonton video di bawah:

@wanyqt23 Cuteee jaaa yong datang tanya Rickettsimage is not available the sportsmanshipimage is not available the story of kasut terkoyak tapak with happy endingimage is not available#commonwealthgames2022 #ngtzeyong #badmintonmalaysia #coachhendrawan ♬ Gemilang – Ella

Tindakan Coach Malaysia layak diberi pujian!

Momen haru berkenaan juga berjaya disorot kamera apabila terlihat jurulatih pertengahan usia itu hanya berkaki ayam di atas gelanggang sambil melihat perlawanan anak buahnya.

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @wanyqt23 itu telah meraih pelbagai maklum balas daripada warganet.

image is not available
Rela Berkaki Ayam, ‘Coach’ Malaysia Pinjamkan Kasut Kepada Atlet Jamaica. Kredit Foto: Tiktok Wanyqt23

image is not available
Kredit Foto: Tiktok Wanyqt23

image is not available
Kredit Foto: Tiktok Wanyqt23

Rata-rata memuji tindakan pantas coach Hendrawan yang menunjukan semangat kesukanan yang tinggi dengan pihak lawan.

Perkara itu pastinya membuatkan ramai bangga kerana bantuan yang dihulurkan memberi pengaruh yang bagus untuk kedua-dua pemain ketika perlawanan yang sedang berlangsung.

Baca lagi artikel berkaitan gelagat penyokong sukan: