“Relax, Jangan Acah ‘Rockstar’ Sangat” – Nadhir Nasar ‘Perli’ Vokalis Band Terkenal?

Music
4 Oct 2022 • 5:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter mengenai sebuah hantaran oleh pelakon semakin meningkat naik iaitu Nadhir Nasar yang telah mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Nadhir seakan memerli seorang vokalis band terkenal agar tidak mendabik dada.

Bagaimanapun, Nadhir atau nama penuhnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar tidak menyebut nama mana-mana individu secara terperinci.

Relax, jangan acah rockstar sangat, kau bukan Billie Joe.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih 1.7K ciap semula, 5.4K tanda suka dan 186 ciapan balas.

Menjengah di ruangan balas, ciapan tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan siapakah individu yang dimaksudkan oleh pelakon berusia 26 tahun itu.

Malah, ada juga segelintir netizen yang memuji keberanian Nadhir menegur vokalis band terkenal itu secara terbuka dan seakan mengetahui identiti individu berkenaan.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 19 jam lalu

"Tengok Rupa Lalok Pun Tahu" - Pengurus Yakin Noh 'Bersih' Dari Dadah Tapi Netizen Ragu-Ragu