Remaja 17 Tahun Leburkan Rekod Tanpa Kalah JDT

LocalFootball
15 Jul 2025 • 5:10 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam siri jelajah pramusim mereka di Sepanyol tidak kesampaian apabila tunduk 0-1 kepada Valencia Mestalla dalam aksi terakhir menentang kelab Eropah, awal pagi tadi.

Valencia Mestalla menjadi penutup tirai perlawanan JDT

Menurut laporan Berita Harian, perlawanan yang berlangsung di Estadio Olimpico Camilo Cano, La Nucia itu menyaksikan pemain muda berusia 17 tahun, Jaume Dura menjadi wira buat pasukan simpanan Valencia apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-35.

image is not available

Foto: Carian Google

Kekalahan ini sekali gus menamatkan rekod cemerlang skuad Harimau Selatan yang tidak pernah tewas dalam empat perlawanan pramusim terdahulu.

Terdahulu, JDT memulakan kempen dengan langkah bergaya apabila membenam Real Murcia Imperial 4-0 sebelum menewaskan Costa City 1-0. Mereka kemudiannya mencatat keputusan seri 2-2 menentang Cardiff City dan terikat tanpa jaringan 0-0 ketika bertemu Levante UD, pendatang baharu La Liga.

image is not available

Foto: BH

Aksi menentang Valencia Mestalla menjadi penutup tirai perlawanan JDT menentang kelab dari Eropah.

Fokus kini beralih kepada cabaran dari Timur Tengah apabila mereka dijadualkan bertemu tiga kelab dari rantau itu iaitu Al Rayyan SC (16 Julai), Al Arabi SC (19 Julai), dan Riyadh SC (21 Julai).

Sumber: Berita Harian (Syafiq Aznan)