Remaja 17 Tahun Pergi Hospital Nak Rawat Gastrik, Rupanya Terbongkar Kejadian Diperkosa Bapa Kandung

LocalPolitics
31 Jul 2025 • 11:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tindakan seorang remaja berusia 17 tahun pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan akhirnya membongkar perbuatan terkutuk bapanya.

Menurut Kosmo, remaja berkenaan telah ke Hospital Tanjong Karang, Kuala Selangor pada jam 6 petang, 28 Julai lalu selepas berasa sakit seperti gastrik.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata,

Hasil temu bual awal, doktor mendapati remaja perempuan itu dirogol bapa kandungnya yang berusia 51 tahun.

image is not available

Polis kemudian berjaya memberkas suspek di kawasan Bestari Jaya pada jam 11.15 malam, 29 Julai dan siasatan kini masih dijalankan untuk mengetahui sejak bila lelaki itu melakuan perbuatan terkutuk tersebut.

Suspek ditahan reman sehingga 5 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-07-01 12:59:29

Kantoi Mencuri, Dua Beradik Buat Laporan & Fitnah Bapa Saudara Perkosa Mereka - "Tak Semua Budak Innocent!"