Remaja 19 tahun maut jatuh kondominium

25 Mar 2025 • 9:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas disyaki terjatuh dari tingkat lapan sebuah kondominium di Jalan Vista Mutiara 1, Kepong, di Kuala Lumpur pada Selasa. Gambar kecil: Ahmad Sukarno

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas disyaki terjatuh dari tingkat lapan sebuah kondominium di Jalan Vista Mutiara 1, Kepong, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada jam 10.34 pagi.

"Mangsa merupakan penghuni di kediaman terbabit.

"Dia (mangsa) dipercayai bekerja secara sambilan dengan bapanya sebagai tukang paip,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan berhubung kes itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).