Remaja ambil dadah sintetik untuk keseronokan, anggap tidak bahaya - KDN

LocalPolitics
20 Jun 2025 • 10:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Shamsul Anuar (duduk, tengah) bersama wakil AADK, Pemadam dan NGO semasa Lawatan Kerja Rasmi ke Kelantan pada Khamis.

KOTA BHARU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan golongan remaja dan belia di negara ini mengambil dadah sintetik ataupun perangsang (stimulan) jenis amphetamine untuk tujuan mencari keseronokan.

Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, lebih mengejutkan golongan itu beranggapan dadah tersebut tidak mendatangkan bahaya kepada mereka.

"Kebanyakan yang terlibat ini berusia antara 15 hingga 25 tahun dan ada dalam kalangan mereka yang berpendidikan

"Situasi itu memberi cabaran kepada kerajaan dalam membendung penyalahgunaan dadah," katanya ketika sidang akhbar semasa Lawatan Kerja Rasmi ke Kelantan di Hotel Perdana pada Khamis.

Ujarnya, hal ini kerana remaja dan belia aset penting negara pada masa hadapan.

Shamsul Anuar memberitahu, sudah tiba masanya usaha-usaha pencegahan dilakukan dengan segera bagi memastikan golongan itu tidak terjebak dengan dadah.

Tambah beliau, semua pihak termasuk masyarakat perlu memainkan peranan bagi memastikan penyalahgunaan dadah menjadi agenda bersama.

"Sebab itulah saya akan ke seluruh negara untuk memastikan kerjasama antara AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan), Pemadam (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) dan NGO (Badan Bukan Kerajaan) dalam melawan penyalahgunaan dadah dapat dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved