Remaja antara tiga individu ditahan kes curi motosikal

9 Mar 2024 • 2:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kegiatan jenayah dipercayai dilakukan suspek terlibat dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

AMPANG - Mencuri motosikal yang diletakkan di kawasan kaki lima rumah kedai antara taktik dibongkar susulan tangkapan tiga lelaki termasuk seorang remaja pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan sebelum itu dibuat seorang peniaga berkaitan kehilangan motosikal miliknya pada 5 Mac lalu.

"Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, mangsa meletakkan motosikal jenis Yamaha 135LC di kaki lima kawasan rumah kedai Jalan Pandan Jaya dalam keadaan berkunci.

"Mangsa bagaimanapun mendapati motosikalnya tiada kira-kira jam 11 pagi keesokan hari dipercayai telah dicuri sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, siasatan dijalankan kemudiannya membawa kepada tangkapan tiga individu kira-kira jam 1 petang pada Khamis.

"Kesemua suspek berumur antara 14 hingga 59 tahun itu ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

"Tangkapan yang dijalankan di sekitar kawasan Pandan Jaya itu turut merampas telefon bimbit, anak kunci dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 bagi membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, semakan dijalankan mendapati salah seorang suspek yang diberkas memiliki rekod lampau.

"Hasil saringan mendapati kesemua suspek negatif dadah.

"Kes disiasat bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved