Remaja bawah umur juga peluk agama lain, kenapa Islam dipolemikkan? Soal Firdaus Wong

6 Jun 2024 • 10:02 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Penceramah Firdaus Wong mempersoalkan kenapa isu mengenai remaja bawah umur yang berminat dengan Islam dipolemikkan sedangkan ada antara mereka yang memeluk agama lain.

Beliau mengulas mengenai kebimbangan kumpulan Global Human Rights Federation (GHRF), mengenai video Firdaus di dalam ‘TikTok’ yang menjelaskan bagaimana remaja bawah umur boleh memeluk Islam.

Bercakap kepada Scoop, beliau berkata, ada remaja bawah umur itu yang tertarik dengan Islam selepas mendengar atau melihat media serta orang sekeliling mengecam Islam.

Lalu mereka ini, katanya membuat kajian dan mendapati Islam bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh media dan masyarakat.

“Selain itu adalah faktor pergaulan dan mereka melihat majoriti Muslim komited pada Islam dengan mengamalkan Islam,’’ katanya.

Terdahulu, GHRF menggesa pihak berkuasa dan Kementerian Pendidikan untuk menyiasat dakwaan ada pelajar bukan Islam diajar untuk memeluk Islam, iaitu sebagai respon kepada video Firdaus.

Presidennya, S. Shashi Kumar, berkata, ia mencabuli hak ibu bapa untuk menentukan agama anak mereka di bawah 18 tahun.

Jelasnya, GHRF sudah membuat laporan ke atas pendakwah itu, namun polis masih belum mengambil tindakan. - 6 Jun, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved