
Kota Kinabalu: Seorang remaja berusia 18 tahun didakwa merogol teman wanitanya di bawah umur.
Remaja itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukumannya kepada 10 Jun kerana mahkamah mahu laporan sosial disediakan untuk remaja itu memandangkan dia adalah pesalah muda.
Mahkamah juga menetapkan tarikh sama untuk fakta kes.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Bagi pertuduhan pertama, remaja itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun dan lima bulan itu pukul 12.30 tengah hari pada 19 Jun, 2023 di sebuah pondok berhampiran pantai di Papar.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol kanak-kanak sama jam 4 pagi pada 13 Nov, 2023 di tempat sama.
Kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pihak pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin kepada remaja itu sementara menunggu tarikh tersebut.
Remaja itu juga memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim melakukan pendakwaan manakala remaja itu tidak diwakili,
Di mahkamah berasingan, seorang warga Filipina berusia 26 tahun meminta dibicarakan kerana memiliki parang di tempat awam tanpa permit.
Bucoi Ahmad membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.
Dia didakwa memiliki senjata itu jam 11.48 pagi, 12 April tahun ini di tapak pembinaan Prima Manggatal, dekat sini.
Mahkamah menetapkan 11 Jun untuk pengurusan kes praperbicaraan dan tiada ikat jamin ditawarkan kepada Bucoi sementara menunggu pelupusan kesnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
