Remaja dikhuatiri lemas selepas jatuh dari jambatan

9 Jul 2023 • 12:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Seorang remaja berusia 13 tahun dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam Sungai Tuaran, Kampung Telibong, Tamparuli di sini, Sabtu.

Warga tempatan, Mohd Hisham Iskandar Azli dipercayai tergelincir ketika menyeberangi Jambatan Gantung Kg Damat - Kg Lakang bersama lima rakannya kira-kira jam 2.30 petang Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.38 petang berhubung kejadian terbabit.

Katanya, seramai sembilan anggota termasuk unit anjing pengesan (K9) bergegas ke lokasi kejadian beserta satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di kawasan pinggir sungai dengan bantuan penduduk kampung berhampiran menggunakan bot.

“Bagaimanapun, mangsa yang memakai pakaian baju berwarna kuning dan seluar hitam belum ditemui di sekitar radius dua kilometer.”

Menurutnya, operasi turut disertai agensi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pengaliran dan Saliran Tuaran.

“Operasi ditangguhkan pada jam 6.50 petang tadi dan akan disambung pada keesokan pagi,” katanya pada Sabtu.

Menurut sumber daripada penduduk sekitar, mangsa dilihat memanjat dinding jambatan gantung itu untuk bergambar, namun tergelincir dan tidak sempat berpaut sebelum terjatuh ke dalam sungai. Rakan mangsa kemudiannya bergegas meminta bantuan penduduk kampung manakala mangsa dilihat kali terakhir sejauh 100 meter sebelum tenggelam.

Hasil tinjauan di lokasi, paras sungai masih belum menurun sepenuhnya selepas naik susulan hujan lebat malam sebelumnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.