Remaja Dilarikan Teman Lelaki, Terpaksa Tinggal Di Stor Besi Buruk Selama 11 Bulan

10 May 2023 • 4:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Cinta sememangnya mampu membuat sesiapa sahaja menjadi tak keruan. Terbaru, seorang lelaki sanggup membawa lari teman wanitanya yang merupakan remaja 17 tahun di Banting, Selangor.

Remaja tersebut dipercayai dibawa lari pada Julai yang lalu dan terpaksa tinggal di sebuah stor besi buruk selama 11 bulan.

Tinggal di stor besi buruk

image is not available
gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan suspek bercinta dengan mangsa sejak 2014 namun mengesyaki teman wanitanya mempunyai lelaki lain.

Mangsa ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan. Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai besi buruk tidak mempunyai rekod lampau.

Beliau juga mengatakan bahawa kes ini bakal disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana suspek turut mengugut ibu mangsa untuk bertemu dengan anaknya selepas mangsa mati.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media