Remaja Dipercayai Dirogol, Sebelum Ditinggal Berdekatan Balai Polis

3 Jan 2024 • 11:30 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Remaja Dipercayai Dirogol, Sebelum Ditinggal Berdekatan Balai Polis

Seorang pelajar perempuan dipercayai dirogol berdekatan kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal pada Isnin lepas.

Memetik Sinar Harian, mangsa kemudian ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Balai Polis Banggol Judah, Machang, Kelantan.

Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.50 pagi, kata Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria.

“Siasatan awal mendapati, dalam kejadian tersebut, mangsa dikatakan telah keluar bersama suspek tanpa pengetahuan ibunya dengan menaiki sebuah motosikal dari Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu menuju ke Pasir Puteh.

“Suspek kemudian telah membawa mangsa bersiar-siar di sekitar kawasan Besut dan Pasir Puteh sempena menyambut tahun baharu,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Menurut Zaizul Rizal, suspek kemudian membawa mangsa ke kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal lalu bertindak merogolnya.

Dalam pada itu, hasil maklumat yang diperolehi, suspek berjaya ditahan sekitar jam 1 petang semalam.

Polis menahan suspek ketika dia berada di dalam sebuah bas di Bentong, Pahang.

Tambah Zaizul Rizal, suspek yang bekerja sebagai buruh kasar itu dipercayai cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas tersebut.

“Suspek akan direman bagi membantu siasatan bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mayat Guru Dipercayai Meninggal Lebih Seminggu Ditemukan Di Rumah Sewa

Terdahulu, dalam laporan berbeza, mayat seorang guru wanita dipercayai meninggal dunia lebih dari seminggu ditemukan di rumah sewanya di Kampung Pengadang Baru di Kuala Terengganu pada Isnin.

Abang mangsa, Shahadan, 57, berkata pemilik rumah sewa menemukan mayat wanita berusia 55 tahun itu kira-kira jam 5.40 petang semalam. Penemuan itu dibuat selepas gagal menghubungi mangsa.

“Tuan rumah ingin bertanya kepada arwah sama ada ingin menggunakan perkhidmatan sewa kereta untuk ke sekolah.

“Sebaik sampai di rumah, dia terbau busuk dari dalam rumah dan kemudian bertindak menghubungi pihak polis,” katanya kepada pemberita.

Sumber: Sinar Harian