Remaja guna bahasa isyarat, jadi pengantara ibu bapa dengar ceramah Ustaz Abdul Somad

17 Jul 2024 • 5:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Video seorang remaja guna bahasa isyarat menjadi pengantara ibu bapa bagi memahami ceramah Ustaz Abdul Somad telah menarik perhatian ramai.

Terjemah ceramah kepada bahasa isyarat

Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai Nabil Nazrol, dia telah mendengar ceramah daripada pendakwah bebas terkenal Indonesia itu sebelum menterjemahnya kepada bahasa isyarat supaya ibu bapanya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) pekak dan bisu dapat memahaminya.

Remaja guna bahasa isyarat, ibu bapa angguk2 faham

Dalam video terbabit, dia dengan bersungguh-sungguh menggunakan pergerakan tangan bagi menyampaikan apa yang diucap Ustaz Abdul Somad kepada hadirin yang hadir.

Ibu bapanya yang berada di depan remaja terbabit juga melihat dengan khusyuk dan sekali sekali mengangguk tanda faham.

image is not available

Remaja guna bahasa isyarat bagi ibu bapa sama2 ‘nikmati’ ceramah pendakwah

Difahamkan, video berkenaan sebenarnya sudah beberapa minggu diambil apabila pernah berkongsi rakaman dari sisi lain ketika dia melakukan gerakan bahasa isyarat tersebut.

Video terbabit diambil oleh orang lain dengan memperlihatkan situasi ketika Nabil menjadi penterjamah ibu bapanya di lapangan padang sewaktu ceramah pendakwah bebas berkenaan.

Mesti semua dekat situ bangga!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terharu dengan usaha remaja berkenaan kerana membantu ibu bapa dalam memastikan mereka tidak terlepas dari mendengar ceramah yang bermanfaat tersebut.

Warganet turut berharap agar Nabil dan keluarga terus diberikan pahala yang berganda dan mengakui berasa seronok melihat momen yang cukup berharga daripada keluarga kecil ini.

image is not available

Besar pahala kau bang

image is not available

Semoga mereka semua ditempatkan di syurga

image is not available

Kita sebak tau tengok video remaja guna bahasa isyarat ni

image is not available

Semua orang terharu tengok apa yang dilakukan

image is not available

Difahamkan, Ustaz Abdul Somad telah datang ke Malaysia pada 7 Julai 2024 bagi sama-sama menyemarakkan Sambutan Maal Hijrah 1446, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor.

Program yang diberi nama Malam Ehsan Untuk Insan telah berlangsung di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam dengan diisi pelbagai aktiviti menarik termasuklah ceramah daripada pendakwah bebas berkenaan.

Sumber: TikTok nabilnazrol

View Original Article