Remaja hilang di Desa Petaling ditemukan selamat di Jeram

27 Apr 2026 • 11:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 27 APRIL: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Malaysia, Desa Petaling sejak Jumaat lepas, ditemukan selamat di Jeram, Selangor.

​Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud berkata mangsa ditemukan kira-kira 9.15 pagi, di sebuah kediaman di Kampung Bukit Kuching Tengah.

​Beliau berkata kehadiran mangsa disedari oleh seorang penduduk tempatan, selepas remaja berkenaan datang ke rumahnya untuk menumpang mengecas telefon bimbit.

“Bertindak atas maklumat dan hebahan media sosial, penduduk itu segera menghubungi ahli keluarga mangsa dan pihak polis.

“Mangsa kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bagi urusan dokumentasi dan pemeriksaan lanjut, sebelum diserahkan semula kepada keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

​Dalam pada itu, Mohd Rosdi turut merakamkan penghargaan kepada orang awam atas kerjasama dan keprihatinan dalam membantu mengesan mangsa sehingga ditemukan semula.

Semalam, polis mempergiatkan usaha mengesan mangsa yang dilaporkan hilang dari kediamannya di PPR berkenaan pada 24 April.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved