Remaja hilang dikhuatiri lemas

31 Jul 2024 • 4:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Patimang Abdul Ghani

KUDAT: Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot dinaikinya bersama seorang juragan di perairan Pulau Malawali, dekat sini pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Ishak Jabas berkata, operasi pencarian memasuki hari kedua pada Isnin, namun Aldrian Abdul Hatam, 19, belum ditemui.

Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.52 petang Ahad daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Menurut Ishak, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa disertai Maritim Malaysia, Bomba, Polis, Rela dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Katanya, menurut pengadu iaitu juragan bot, dia bersama mangsa turun ke laut untuk menangkap ikan pada pagi Ahad dan hanya menyedari mangsa hilang dari bot apabila berada pada jarak 2.55 batu nautika utara.

Beliau berkata, juragan telah melakukan pencarian di sekitar kawasan tersebut namun gagal menemui mangsa, sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak Maritim.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.