
SANDAKAN: Seorang remaja lelaki, 14, dilaporkan hilang selepas keluar menangkap udang pada 5.30 pagi di perairan Tanjung Semawang, di sini, pada Sabtu.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan membabitkan enam anggota Bomba Sandakan sejurus panggilan kecemasan jam 6.39 pagi, Ahad.
AdvertisementKetua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Severinus Sainkui berkata, menurut pengadu, mangsa pada awalnya keluar menangkap udang hari sama bersama rakannya, namun tidak pulang sehingga tengah hari.
“Pengadu kemudian keluar mencarinya dan menemui bot mangsa di perairan Tanjung Semawang dan menemui topi di atas permukaan laut.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Pencarian mangsa kemudian dibuat bersama penduduk kampung namun mangsa masih tidak dapat ditemui lalu menghubungi pihak Bomba bagi bantuan SAR,” katanya.
Sehingga berita ini ditulis, mangsa masih belum ditemui. Advertisement

