Remaja Jatuh Dari Buat Aksi Wheelie Di Taman Sukma Buat Netizen Puas Hati

12 Sep 2022 • 11:53 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ibu bapa minta pantau aktiviti anak-anak, ya.

Remaja Jatuh Dari Buat Aksi Wheelie Di Taman Sukma Buat Netizen Puas Hati. Aksi wheelie yang dibuat oleh remaja sering kita lihat tidak kira di jalan yang lengang atau jalan yang sibuk. Remaja-remaja ini sering lakukan aksi yang berbahaya tanpa menghiraukan akibatnya.

Baru-baru ini telah tular remaja buat aksi berbahaya ‘wheelie’ dengan mengangkat tayar hadapan motosikal yang ditungganginya telah jatuh dan sempat dirakam netizen di Taman Sukma, Petrajaya.

image is not available
Remaja Jatuh Dari Buat Aksi Wheelie Di Taman Sukma Buat Netizen Puas Hati. Sumber gambar: FB Zaidi Tulos

Remaja dilihat terjatuh dari buat aksi wheelie

Menerusi rakaman aksi ‘wheelie’ remaja di Taman Sukma di laman Facebook milik Zaidi Tulos, kelihatan remaja tersebut terjatuh dari melakukan aksi berbahaya tersebut hanya menggunakan topi keledar tanpa klipkan.

Rakaman video tersebut telah dikongsi melalui laman Facebook sekitar pukul 5 petang semalam. Perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 604 tanda suka, 724 kongsi dan 19K kali tontonan setakat artikel ini ditulis.

image is not available
Remaja Jatuh Dari Buat Aksi Wheelie Di Taman Sukma Buat Netizen Puas Hati. Sumber gambar: FB Zaidi Tulos

Lihat video di bawah:

https://www.facebook.com/100000249444167/videos/pcb.5353199538067196/489221739686477

Ramai pandang ringan terhadap pemakaian topi keledar untuk perjalanan jarak dekat. Walau bagaimanapun, sedikit info yang anda kena tahu bahawa penggunaan topi keledar amat penting untuk melindungi kepala dari sebarang kecederaan.

Ramai netizen puas hati lihat rakaman video tersebut.

image is not available
Sumber gambar: FB Zaidi Tulos

image is not available
Sumber gambar: FB Zaidi Tulos

image is not available
Sumber gambar: FB Zaidi Tulos

Haa tula padahnya buat aksi wheelie ya, anak-anak. Sayangi nyawa korang masing-masing.

Sebelum ini juga pernah tular rider panda buat aksi wheelie yang berbahaya di bulatan Samarahan. Baca pautan di bawah: