Remaja Lelaki Diliwat, Dikurung Selepas ‘Diumpan’ Bantuan Cari Kerja

14 Sep 2023 • 9:50 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kenal di media sosial, individu ditipu dengan bantuan mencari kerja serta diliwat

Remaja Lelaki Diliwat, Dikurung Selepas ‘Diumpan’ Bantuan Cari Kerja. Seorang remaja lelaki diliwat dan dikurung selama 10 hari selepas ‘diumpan‘ mendapatkan bantuan mencari kerja oleh individu yang dikenalinya melalui aplikasi media sosial.

Menurut sumber, suspek yang juga seorang lelaki pada mulanya menawarkan bantuan kerja kepada mangsa berusia 18 tahun itu.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari berkenalan, mangsa dan suspek bertemu pada pertengahan bulan lalu untuk mencari pekerjaan.

image is not available
Sumber: kosmo

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju dan menaiki kenderaan suspek yang mengambilnya di rumah mangsa di Bukit Jalil.

“Mangsa kemudian dibawa bermalam ke rumah suspek di Kampung Pandan dan berjanji akan membawanya ke sebuah pasar raya untuk mendapatkan kerja,” katanya.

Diarah melakukan kerja rumah, dikurung, malah diliwat beberapa kali

Memetik laporan, suspek membawa mangsa ke pasar raya tersebut seperti dijanjikan sebelum mereka pulang ke rumah selepas itu.

“Ketika berada di rumah suspek, mangsa diarahkan melakukan kerja rumah dan tidak dibenarkan pulang, malah dia dikurung selama 10 hari yang mana sepanjang tempoh tersebut remaja itu turut diliwat beberapa kali,” ujarnya.

Diugut jangan menceritakan kepada sesiapa

Difahamkan, mangsa kemudian diugut untuk tidak memaklumkan kejadian itu kepada sesiapa sebelum dibenarkan pulang.

image is not available
Sumber: malaysiakini

Dalam pada itu, mangsa yang trauma memaklumkan kejadian keji itu kepada keluarganya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid menyatakan bahawa isu itu disiasat mengikut Kanun Keseksaan Seksyen 377C.

“Suspek telah pun dikenal pasti dan siasatan masih berjalan. Kita dalam proses mengesahkan keterangan mangsa dan menunggu laporan perubatan,” katanya.

Baca juga artikel yang berkaitan: