Remaja lelaki ditemukan lemas di lombong terbiar

4 May 2025 • 8:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

IPOH, 4 MEI: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di sebuah lombong terbiar di Taman Palma 4, Kamunting dekat Taiping, petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.23 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Remaja berusia 14 tahun itu kali terakhir dilihat tenggelam di dalam lombong terbiar pada jarak 4.5 meter dari tebing sewaktu bermain bersama rakan-rakannya.

“Mangsa yang ditemui lemas disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut serta operasi mencari dan menyelamat tamat kira-kira 30 minit kemudian.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved