Remaja lelaki hilang ketika cari kepah ditemukan lemas

18 Apr 2026 • 5:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Remaja lelaki hilang ketika cari kepah ditemukan lemas
Laporan Sinar Harian berhubung pelajar dikhuatiri lemas ketika sertai aktiviti sekolah

KUANTAN - Remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari kepah di Pantai Balok di sini semalam ditemukan lemas hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat Luqman Kamil Jamaluddin, 16, ditemukan pada 2.15 petang tadi.

"Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung kira-kira 400 meter dari kuala oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menjalankan operasi sejak semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat pelajar itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mencari kepah bersama rakannya di pantai berkenaan dan pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.02 petang. - Bernama