Remaja lelaki lemas, mayat ditemui 10 meter dari lokasi jatuh

5 Feb 2026 • 11:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 5 FEB: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Kampung Rebana, dekat Jeli, Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Mangsa, 14, ditemukan jam 7.30 petang pada jarak 10 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh, lapor Berita Harian.

Komander Operasi Hasmin Nasrun Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.04 petang, sebelum 10 anggota ke lokasi kejadian.

"Mangsa ditemui anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.