Remaja Lelaki Undang Kecaman, Merungut Hanya Dihadiahkan Perodua Axia Oleh Ibunya – “Nak Myvi Macam Kawan…”

LocalEntertainment
24 Dec 2024 • 10:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang remaja lelaki menerima kecaman ramai selepas dia menyuarakan rasa tidak puas hati apabila dihadiahkan kereta oleh ibunya.

Difahamkan, dia telah diberikan hadiah kereta jenis Perodua Axia bagaimanapun remaja terbabit tidak bersyukur malah merungut dengan pemberian itu.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh ejen penjual kereta terbabit dan menurutnya, remaja itu telah datang bersama kedua-dua ibu bapanya dan dibayar sepenuhnya oleh si ibu.

Kongsi ejen itu lagi, sebelum datang ke showroom tersebut si ibu telah membuat temu janji dan memaklumkan bahawa dia mahu membeli Perodua Axia. Namun, ketika sampai bersama kedua-dua orang tuanya, ejen tersebut perasan dengan riak wajah remaja terbabit yang masam dan monyok malah seperti malas melayan ibunya.

Waktu tandatangan dokumen, dia cakap teringin kereta macam kawan dia, Perodua Myvi. Padahal mak dia dah murah hati tolong bayarkan kereta, asalkan ikut bajet bulanan.

image is not available

Gambar hiasan

Kerana geram dengan sikap remaja berkenaan yang tidak bersyukur dan tidak ukur baju pada badan sendiri, ejen tersebut sempat memberi teguran.

Kalau nak beli kereta, sebolehnya jangan ikut perasaan, jangan ikut nafsu dan jangan ikut kawan. Sebab nanti awak juga yang terbeban. Lagipun kereta ni mak awak yang bayar.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen di media sosial yang mengkritik remaja berkenaan dan melabelnya lupa daratan.

image is not available

image is not available

Ada yang berpendapat itu adalah akibat apabila mereka dimanjakan dan seharusnya ibu bapa perlu ‘sekolahkan’ anak-anak dan tidak terlalu berlembut dengan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 11 months ago

"Kata Bawa Kereta Merc? Jatuhkan Maruah Aku!" - Pertama Kali 'Dating' Bersama, Wanita Tengking Lelaki Bawa Myvi