Remaja Lemas Selamatkan Ibu Dihanyut Ombak, Detik Pilu Tragedi Tular Di Media Sosial

26 Jul 2022 • 11:10 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Remaja Lemas Selamatkan Ibu Dihanyut Ombak, Detik Pilu Tragedi Tular Di Media Sosial

Kasih hingga ke akhir hayat, remaja terkorban lepas nekad cuba selamatkan ibu lemas di pantai ketika kutip plastik

Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dilapor terkorban selepas menyelamatkan ibunya daripada lemas di sebuah pantai di Balikpapan, Kalimantan Timur.

Memetik laporan Detik.com, video yang memaparkan remaja tersebut yang nekad berenang di lautan bagi membantu ibunya yang ‘ditarik ombak’ tular di media sosial.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Balikpapan Selatan, Iptu Hendri Saragih berkata mangsa berusaha untuk menyelamatkan ibunya namun dia pula yang dihanyutkan dan ditemui mati.

“Jadi mangsa cuba menyelamatkan ibunya yang ditarik ombak, kebetulan ketika itu airnya tinggi, akhirnya mangsa dihanyutkan dan ditemui mati,” katanya.

Jelasnya lagi, kejadian itu berlaku ketika ibu mangsa, 52, sedang mencari plastik terpakai di pinggir Pantai Seraya, Daerah Balikpapan Selatan, semalam.

Ketika mencari plastik itu, wanita terbabit telah tergelincir dan dibawa arus.

Selepas anaknya juga turut dihanyutkan air deras, wanita tersebut berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang melihat kejadian itu.

Difahamkan, dia diselamatkan oleh penduduk yang datang menghulurkan bantuan dengan menaiki bot.

“Ya ketika kejadian seorang lagi anak kepada wanita ini yang juga abang kepada remaja tersebut telah meminta bantuan penduduk setempat dan diselamatkan dengan menaiki bot,” ujar Hendri.

Menurut laporan, tindakan menyelamat itu juga berlaku dengan penuh dramatik kerana keadaan ombak ketika itu agak kuat.

Selepas kejadian, polis segera ke lokasi kejadian untuk tujuan siasatan manakala ibu mangsa kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Balikpapan.

Sementara itu, bedah siasat ke atas mangsa turut dijalankan dan jenazahnya akan diserahkan kepada keluarganya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Sumber: Detik.com

View Original Article