Remaja maut, ibu parah motosikal terbabas langgar penghadang jalan

2 Mar 2026 • 8:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang remaja perempuan maut manakala ibunya parah selepas motosikal dinaiki terlibat kemalangan di Jalan Masai Lama, Masai, Johor Bahru, pada Isnin. Foto PDRM
image is not available
Lokasi kejadian di Jalan Masai Lama, Masai, Johor Bahru. Foto PDRM

JOHOR BAHRU - Seorang remaja perempuan maut manakala ibunya parah selepas motosikal dinaiki terlibat kemalangan di Jalan Masai Lama, Masai di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kemalangan tersebut berlaku jam 10.20 pagi melibatkan motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz.

"Motosikal berkenaan ditunggang seorang wanita berusia 20 tahun, pembonceng pula adalah ibunya yang berusia 47 tahun.

"Semasa kejadian mangsa sedang menunggang melalui lokasi kejadian, tiba-tiba motosikal hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelah kiri," katanya dalam satu kenyataan.

**media[3450768]**

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibunya parah dan kini sedang dirawat di Zon Merah Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Siasatan lanjut masih dijalankan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved