Remaja Maut Ketika Cas Telefon Bas: Operasi Bas Digantung Serta-Merta

LocalPolitics
3 Nov 2024 • 7:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Carz.com.my ada melaporkan seorang remaja maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbit di soket sebuah bas ekspres.

Kejadian tragis itu berlaku di Terminal bas Penang Sentral, Butterworth, Pulau Pinang, kelmarin.

Susulan itu, Kementerian Pengangkutan menggantung serta-merta operasi bas terbabit dalam insiden renjatan elektrik sehingga meragut nyawa remaja itu.

image is not available

Sebelum itu, Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat perkara terbabit.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pasukan petugas khas ini terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

"Kementerian Pengangkutan memandang serius insiden renjatan elektrik yang mengorbankan seorang remaja ketika mengecas telefon dalam bas ekspress yang dinaikinya.

"Saya telah mengarahkan APAD untuk menggantung operasi bas yang terbabit serta merta untuk siasatan lanjut oleh pihak JPJ.

"Satu pasukan petugas khas (Special Taskforce) yang terdiri daripada JPJ, APAD dan MIROS juga akan diaktifkan untuk menyiasat punca insiden tersebut untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang dan keselamatan penumpang sentiasa terjamin.