Remaja maut langgar pembahagi jalan

2 Oct 2022 • 10:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang remaja maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 23 Lebuhraya Utara Selatan, di Kulai pada Ahad

KULAI - Seorang remaja maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 23 Lebuhraya Utara Selatam, arah selatan, dekat sini pada Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Asmiza Zaini berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 5.13 pagi.

Susulan itu katanya, tujuh anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan mangsa, Nur Helmi Rafiee yang berusia 19 tahun tidak tersepit serta telah dikeluarkan pihak bomba dengan menggunakan satu unit 'stretcher'.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat jam 6.24 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved