Remaja Maut Selepas Tertidur Atas Telefon Yang Sedang Dicas

Entertainment
31 Jul 2022 • 5:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Seorang remaja dilaporkan maut apabila terkena renjatan elektrik selepas tertidur di atas telefon bimbitnya ketika sedang dicas sejurus mandi baru-baru ini, lapor Mirror UK.

Mangsa, Khonrn Srey Pov yang merupakan seorang penterjemah Bahasa Mandarin di syarikat perlombongan emas, Sing Kong Yik di wilayah Kratie, Kemboja ditemui mati atas telefon miliknya pada 27 Julai.

Difahamkan, mangsa yang berusia 17 tahun itu baru saja selesai daripada mandi dan telah mengecas telefonnya serta menghidupkan lampu suluh.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia serta-merta sewaktu tidur akibat terkena renjatan elektrik.

image is not available
Gambar: Mirror UK

Ekoran kematian remaja terbabit, ia telah menimbulkan perdebatan di media sosial mengenai aspek keselamatan pengecasan telefon.

Menurut salah seorang netizen berkata, “Dia baru sahaja lepas mandi, mungkin dia masih lagi basah ketika berbaring di atas soket tempat telefon itu dicas.

“Walaupun ia kering, namun bukanlah satu tindakan yang selamat mempunyai peralatan elektrik di atas katil bersama anda,” katanya.

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat bahawa pihak berkaitan perlu mengadakan kempen kesedaran mengenai peralatan elektrik dan keselamatan.

“Mereka sepatutnya mengadakan kempen kesedaran kepada orang awam mengenai cara mengendalikan elektrik.

“Saya melihat ramai orang menyentuh wayar secara langsung sepanjang waktu dan tragedi malang itu seringkali berlaku,” jelas seorang lagi.

image is not available
Gambar: Mirror UK

Sumber: Mirror UK

View Original Article