Remaja maut tercampak keluar dari kereta

27 Jun 2022 • 4:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaannya berikutan kemalangan di KM 23 Jalan Papar Lama – Kota Kinabalu, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah DSP Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari manakala mangsa yang dalam perjalanan dari arah Papar ke Kota Kinabalu gagal mengawal kenderaannya dan merempuh sebuah treler yang diletakkan di bahu jalan.

“Setibanya di tempat kejadian, pemandu treler melihat mangsa yang memandu Perodua Viva hilang kawalan kenderaannya dan mula berpusing di atas jalan sebelum merempuh sebelah kanan treler.

“Akibat rempuhan itu, kereta itu rosak teruk manakala pemandunya tercampak keluar dari kenderaannya ke atas jalan raya,” katanya.

Kamaruddin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kinarut dan kemudiannya dibawa ke Hospital Papar untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Inspektor Jagger Jeffery.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.