Remaja maut tercampak keluar selepas MPV rempuh pembahagi jalan

LocalCars
27 Jun 2025 • 11:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Toyota Vellfire yang dinaiki mangsa dipercayai mengalami tayar pecah dan terbabas di di Kilometer 189.1 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan pagi Jumaat.

image is not available
Remaja berusia 13 tahun, Iris Sofea Mohamed Siddiq Khan, maut selepas tercampak keluar dari sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dipercayai mengalami tayar pecah dan terbabas

image is not available
Kemalangan maut yang berlaku di Kilometer 189.1 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan pada pagi Jumaat.

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Seorang remaja berusia 13 tahun, Iris Sofea Mohamed Siddiq Khan, maut selepas tercampak keluar dari sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dipercayai mengalami tayar pecah dan terbabas di Kilometer 189.1 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, di sini, pada pagi Jumaat.

Kemalangan yang berlaku pada jam 7.54 pagi turut mengakibatkan seorang kanak-kanak perempuan parah dan tiga lagi cedera ringan selepas dipercayai tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki mereka.

**media[3180939]**

Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, MPV dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Ayer Keroh menuju ke arah Jasin.

"Dipercayai kemalangan berpunca apabila MPV berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar pembahagi tengah lebuh raya dan terhenti di lorong kecemasan.

"Kemalangan itu mengakibatkan seorang penumpang berusia 13 tahun tercampak ke lorong kiri arah utara sebelum disahkan maut di lokasi oleh pasukan paramedik," katanya melalui Facebook rasmi.

**media[3180938]**

Katanya, mangsa tercampak ke arah Utara sebelum PLUS Ronda telah mengalihkan mangsa ke bahu jalan.

"Nahas turut mengakibatkan trafik bergerak perlahan di kedua-dua arah sejauh 7.4 KM dari arah utara manakala arah Selatan sesak sejauh 9.3 KM," katanya lagi.