Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Semasa Mengecas Telefon Bimbit Dalam Sebuah Bas Ekspres

LocalTechnology
2 Nov 2024 • 8:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Dilaporkan seorang remaja berusia 18 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik semasa mengecas telefon bimbit menggunakan soket dalam sebuah bas ekpres di Terminal Bas Penang Sentral, Butterworth.

Mulut Mangsa Berbuih

image is not available

Menurut laporan polis, ketika berada di dalam bas, pemandu diberitahu oleh seorang penumpang lain bahawa mangsa menjerit dalam keadaan mulut berbuih.

Pemandu bas terus menghubungi ambulans untuk dapatkan rawatan awal.

Untuk pengetahuan korang, mangsa mengalami lecur di jari tangan kiri dipercayai kesan renjatan elektrik semasa mengecas telefon bimbit.

Pihak ambulans tiba di lokasi kejadian pada jam 6.20 petang dan mangsa disahkan maut disebabkan renjatan elektrik.

Oleh yang demikian, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram
Rujukan kami: Sinar Harian


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved