Remaja meninggal dunia akibat serangan jantung, selepas minum ‘Energy Drink’ sebelum bersenam

Health & Fitness
25 Aug 2024 • 7:02 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang remaja sihat bernama Zach Doran, berusia 18 tahun dari Oklahoma, meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung semasa bersenam.

Kejadian berlaku pada Mac lalu ketika Zach sedang menjalani latihan seni mempertahankan diri campuran (MMA).

Walaupun usaha menyelamatkannya dilakukan di gimnasium, Zach akhirnya meninggal dunia sepuluh hari kemudian pada 13 Mac.

Menurut teman wanitanya, Libby Gilmore, Zach sering minum minuman tenaga dan serbuk pra-latihan sebelum bersenam. Libby percaya, minuman tenaga (energy drink) tersebut mungkin menjadi punca serangan jantung yang dialami oleh Zach.

Minuman tenaga biasanya mengandungi kafein, gula dan bahan perangsang lain yang boleh menyebabkan masalah jantung jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

Kejadian ini menimbulkan kebimbangan mengenai bahaya minuman tenaga, terutamanya kepada golongan muda yang aktif dalam sukan dan latihan fizikal. Organisasi kesihatan mengesyorkan agar pengambilan kafein tidak melebihi 400 mg sehari untuk mengelakkan risiko kesihatan yang serius. – Agensi