Remaja menyamar jadi staff hospital bukan terpengaruh movie, sebaliknya hanya suka-suka

LocalPolitics
10 Aug 2024 • 8:27 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Remaja perempuan yang menyamar sebagai petugas hospital baru-baru ini mengaku melakukan perbuatan itu sekadar suka-suka dan ingin mengetahui jika dia diberi perkhidmatan rawatan yang lebih cepat.

Remaja perempuan berusia 14 itu yang ditahan pada Khamis lepas dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan mendapati remaja itu bukan terpengaruh atau ingin meniru daripada rancangan televisyen yang ditontonnya.

Beliau berkata, kertas siasatan berhubung kes itu sedang dilengkapkan serta akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh dan menyamar sebagai penjawat awam.

Terdahulu, remaja itu ditahan di lobi Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang kerana disyaki menyamar sebagai pegawai perubatan dan menawarkan diri untuk membantu menjalankan satu pembedahan.

Dalam pada itu juga, polis turut merampas satu set alatan perubatan termasuk baju, seluar scrub dan lanyard milik hospital.

Sumber: Sinar Harian