Remaja OKU diperdaya klinik kosmetik untuk buat payudara, kononnya boleh jana duit di live stream

LocalOpinion
14 Aug 2024 • 12:20 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang mengalami kurang upaya mental (tahap pemikiran budak 5 tahun – OKU) telah diperdaya oleh sebuah klinik kecantikan di China, untuk menjalani pembedahan pembesaran payudara. Klinik tersebut mendakwa, pembedahan itu boleh meningkatkan pendapatannya melalui penstriman langsung.

Ibu remaja tersebut, yang dikenali sebagai Lu, dari Wuhan berkata, anaknya menjalani pembedahan kosmetik pada 28 Julai selepas dinasihatkan oleh kakitangan klinik tersebut.

“Apabila kami mendapat tahu tentang perkara ini, kami sangat terkejut. Dia baru berusia 19 tahun,” kata ibu mangsa.

Menurut Lu, pada awalnya anak dia memohon pekerjaan di klinik tersebut, yang menawarkan gaji bulanan sebanyak 3,000 yuan (kira-kira RM1,900). Namun, kakitangan klinik tersebut memberitahu pembedahan pembesaran payudara boleh menjana pendapatan melalui penstriman langsung.

Perbualan WeChat menunjukkan mangsa pada mulanya cuba memohon pekerjaan di sana. Seorang kakitangan klinik kemudian membalas, “Awak kena buat pembedahan payudara dahulu dan mula bekerja selepas sembuh.”

Mangsa kemudian mengakui bimbang kerana prosedur itu kebiasaannya untuk wanita sahaja. Selain itu, dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar pembedahan tersebut. Kakitangan klinik menyakinkannya prosedur itu juga selamat untuk lelaki dan berterusan memujuknya untuk menjalani pembedahan itu dengan pembiayaan secara ansuran selepas meraih pendapatan lumayan daripada penstriman langsung.

Termakan dengan kata-kata itu, mangsa akhirnya bersetuju dengan mengambil pinjaman sebanyak 30,000 yuan (kira-kira RM19,000) dan tambahan 7,000 yuan (kira-kira RM4,400) untuk membayar pembedahan tersebut.

Ibu mangsa tuntut keadilan

“Pembedahan itu menjadikan dada anak saya bersaiz B-cup, dengan dua parut panjang di bawahnya. Melihat parut-parut itu menghancurkan hati saya,” kata ibu mangsa.

Selepas beberapa kali berbincang, pihak klinik bersetuju mengeluarkan implan tersebut. Pembedahan kali kedua itu turut menyebabkan mangsa trauma, mengalami kemurungan dan sukar tidur.

Masih tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, ibu mangsa menghubungi pihak media untuk mendapatkan bantuan. Malah, peguam Hu Junjie menegaskan wang yang telah dibayar harus dikembali dan pampasan juga perlu diberikan kepada mangsa.

Kesi ni menimbulkan kemarahan netizen di media sosial yang mengecam tindakan klinik terbabit keterlaluan.