Remaja paling kaya AS miliki berpuluh kereta ‘sport’, sayangnya tak boleh pandu

15 Jun 2022 • 6:57 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

REMAJA ini baru berusia 15 tahun namun ‘bernilai’ jutaan ringgit. Kita dahulu hanya menaiki kereta ibu bapa, tetapi Donald or Don Donald Dougher memiliki puluhan kereta ‘sport’.

Dougher ialah YouTuber dari Amerika Syarikat (AS) yang terkenal ‘prank’ dan gurauan lucu di saluran perkongsian video itu.

image is not available

Menjelang 2021, nilai bersih Dougher dijangka antara USD900,000 hingga USD1.2 juta (RM3.9 juta hingga RM5.3 juta).

Menurut Forbes, dia adalah remaja paling kaya di AS. Dengan pendapatan RM106,826.07 sebulan, Dougher menjalani gaya hidup yang mewah dan berkongsinya di laman sosial.

Memulakan saluran Youtube Donlad pada tahun 2019, anak muda itu membelanjakan pendapatannya untuk memiliki kereta ‘sport’ mewah. Berikut adalah beberapa yang paling mahal.

-Bugatti Chiron 110 Ans

image is not available
-Ferrari La Ferrari

image is not available
-Pagani Huayra Roadster

image is not available
-McLaren 570S

image is not available
-Rolls-Royce Culinan

image is not available

Bagaimanapun, kerana masih di bawah umur, walaupun memiliki kereta mahal, Dougher tidak boleh memandu secara sah di AS.

Kemewahan Dougher sukar digambarkan apabila remaja itu dikatakan keluarganya ‘meninggalkan’ sebuah rumah bernilai RM25.64 juta selepas bilik bawah tanah dinaiki air gara-gara sebatang pokok palma ditanam di tempat yang salah.

Malah dia juga berpindah selepas tinggal di salah sebuah rumah miliknya hanya dalam tempoh dua bulan dengan alasan kolam renang berada di tingkat bawah.

 

Dalam banyak pembelian mewah, Dougher mempunyai jurulatih mengikat tali kasut dan mempunyai ribuan kasut berharga mahal.

Bagaimanapun,anak muda itu mengakui segala yang dikecapinya adalah hasil usahanya.

"Tidak ada satu jam seminggu saya tidak bekerja," kata Dougher dipetik dari Daily Star.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

View Original Article